Tuesday, August 23, 2011

Sebulan yang lalu

sebulan yang lalu..
bermulanya cerita kedukaan
kekecewaan dan kesakitan
untuk menepuh hari-hari esok...

sebulan yang lalu..
terputus sebuah ikatan
terhentinya sebuah persahabatan
yang tinggal hanya kenangan

sebulan yang lalu
mula mengenal erti takdir
mula belajar erti ikhlas
untuk menerima segala keadaan..

sebulan yang lalu..
hilangnya wajah-wajah kegembiraan
berlalunya hari-hari bahagia
berganti dengan air mata..

sebulan yang lalu..
terputus sebuah ikatan janji
bukan tidak mampu dikotakan
tetapi terkandas kerana tiada kekuatan dalam diri..

sebulan yang lalu..
kata-kata maaf menjadi perbualan
memohon kemaafan diatas setiap ketelanjuran
semoga tiada simpan dilubuk hati dan perasaan..


dan

sebulan yang lalu..
sebuah janji telah telintas di hati
untuk menunggu dan terus menunggu
kerana kamu yang pertama sehingga kini..
walau siapa pn kamu..

belajar unutk menerima
bukan belajar untuk kecewa..

mendoakan kebahagian, kegembiraan dan keihlasan..
semoga sentiasa dibawah rahmat dan petunjuk dariNya..
di dunia dan di akhirat..

kalau bukan sekarang..
mungkin hari esok..
tetapi jika bukan hari esok..
insyaAllah kite bertemu di sana nanti..

doaku tidak pernah berubah..
sntiasa mendoakan kebahagian untuk kamu
kerana disitu terletak kebahagian untuk aku...

0 komentar: