Tuesday, August 9, 2011

Kisah aturan ALLAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kadang-kadang, hidup ini amat sulit untuk dimengertikan..kerana Tuhan bekerja dalam rahsia..

benar bukan?

Kadang-kadang, terasa hidup ini amat sukar untuk difahami..rencananya, kisahnya, watak-wataknya, semuanya dalam genggaman Yang Maha Esa..kita manusia yang diciptakan terbatas akal fikirnya..

kadang-kadang, hidup ini amat payah ditafsirkan..rancangan kita tidak sehebat rancangan Dia..penuh kisah kasih pada sesiapa yang mengerti kesahihan kalam-kalamNya..

kisah kita hanya Dia yang mengetahui..kerna kita berada di bawah naungan langit indah ciptaanNya..

kita bertuah berpijak di dunia ciptaanNya..kita beruntung menjadi hambaNya..

kadang-kadang..kesulitan itu akan menjadi indah bila kita sentiasa berpayung pada hujan rahmat dan salju kasihNya..

Kerja Allah tidak pernah rahsia bagi yang mahu memahaminya..~Tn.Rohidzir Rais~

Buat kamu...


"Tuliskan rancanganmu dengan pensil, kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah swt. Lapangkan dadamu tatkala Allah memadam bahagian yang bukan di takdirkan untukmu, dan berbaik sangkalah kepada Allah apabila DIA menggantikannya dengan rancangan yang lain. Sungguh, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kerna perancangan Allah bukan seperti akal terhad kita fikirkan, bukan juga seperti hati kotor kita tafsirkan dan bukan juga seperti nafsu kita sangkakan. PASTI dan Pasti ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita - hambaNYA"


0 komentar: