Wednesday, April 20, 2011
~~Buat Mata Yang Sedang Menangis~~
Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan.
Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pd tangisan.
Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.
Ia meringankan ketegangan jiwa.
Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yg tersimpan.
Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pd tangisan?
Mungkin kamu telah di didik bahawa tangisan itu satu kelemahan dlm mengendalikan kemampuan
Kau mungkin dipisahkan antara diri dgn perasaanmu sendiri oleh didikan silam
Apa pun, tak siapa dpt menafikan kau juga insan yg punyai hati dan perasaan
Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dgn tangisan utk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit
Usah menipu diri berlagak kuat dgn menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat
Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis dpd lelaki
Tahukah dikau, penyayangNya Allah SWT pdmu hingga Dia menciptakan kalenjar2 air matamu lebih besar dpd kalenjar2 air mata lelaki
Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak dpd lelaki
Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki
Masakan tidak, airmatamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh
Doktor pakar mata berkata, air mata penting utk menyucikan mata dpd racun yg keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yg tidak stabil
Duhai mata yag sedang menangis....
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis
Usah ditahan tangisan itu
Luahkannya dgn rasa takut dan harap pd Tuhanmu
Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pd masa depanmu
Anggaplah ia sebahagian dpd masa sekarangmu utk melonjakkan amal dan perubahan utk hari esok
Sesungguhnya tangisan kerana Allah SWT ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab utk mencari ketenangan hidup
Dengarlah pesanan Rasulullah SAW dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
"Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komentar:
Post a Comment